CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Januari 2010

Tetibe teringat cerita kawan aritu. hehee. nak juga kongsi ngan korang semua. Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..' Assalamualaikum '' Walaikumsalam '' Ni rumah encik Sameon ye?' Ya saya'' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi
tuanpolis : selamat pagipolis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

Citer 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.'Atok buat apa tu?'.'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

Citer 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Best tak??mau pecah perut dengar citer member tadi tau. hehee. sampai sekarang tak leh lupe. Smoga korang ingat kisah ni dan abadikannya sebagai hiburan sepanjang masa yang mencerna minda agar lebih terbuka dalam menerima karya berbentuk jenaka.

RENUNGAN & PANDUAN : PINTU-PINTU SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

1. - pintu marah
2. - cinta dunia
3. - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. - panjang angan-angan
5. - rakus
6. - bakhil
7. - suka pada pujian
8. - riak
9. - ujub (merasa kagum)
10.- takut dan gelisah
11.- buruk sangka
12.- memandang rendah pada orang lain
13.- merasa suka pada dosa
14.- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15.- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

1. - Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. - Banyakkan berzikir
3. - Banyakan Beristighfar
4. - Baca لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين.
5. - Jangan tidur berseorangan
6. - Baca doa pagi dan petang
7. - Bersugi
8. - Melaksanakan solat jemaah
9. - Berwudhuk sebelum tidur
10.- menutup aurat
11.- Membaca doa masuk tandas.
12.- Banyak berselawat pada hati
13.- Bertaubat, beristighfar
14.- Banyakan baca Al-Quran
15.- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Insafla wahai teman...sekadar peringatan untuk diri sendiri n kawan-kawan semua. InsyaAllah.

Entah kenapa sejak akhir2 ni rasa macam malas...jemu...ish,teruk ni. tak leh di biarkan syaitan durjana itu menguasai diriku. huhuu. hati terpanggil untuk mencari rahsia sebenar syaitan yang amat memusuhi kita. akhirnya,terbongkar juga rahsia itu setelah mendapat tahu dari seorang kawan. marilah kita renungkan kisah ini...

RAHSIA SYAITAN

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

Jumaat, 15 Januari 2010

Salam ukhuwah untuk semua...selamat datang.

Sedikit Pengenalan tentang diriku ...

Nama : Khairun Nisaa Ul Balqiss Binti Harun
Nama Bapa : Harun Bin Rais
Nama Ibu : Dahlia Binti Hasbullah
Anak ke 1 dari 3 orang adik bradik

Tarikh Lahir : 17 / 2 / 1985
Tempat Lahir : Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru
Alamat : No.8 Jalan Permata 11 / 1, Taman Permata,
86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim.

Pendidikan Awal : Tadika Kemas
Pendidikan Rendah : Sek. Keb. Tunku Mahmood (2) Kluang
Pendidikan Menengah : Sek. Men. Agama Parit Raja
Pendidikan Tinggi : Maahad Johor, Johor Bahru ( 03 )
Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak ( 07 )

Pengalaman Awal Bekerja : Mengajar di Sek. Agama Sri Taman Kluang Barat selama 4 thn

Wawasan dalam Hidup : Mendapat kejayaan di Dunia dan Akhirat, InsyaAllah.