Tetibe aku teringin nak makan masakan johor...yela sejak2 duk perak ni,ape je yang ade aku makan. dengan kerajinannya,aku pun masuk dapur dan terus masak masakan yang aku teringin sangat nak makan. di sini disertakan resepi masakan untuk berkongsi ilmu ngan kawan-kawan. cubela....
Bahan-Bahan:
Ikan - tenggiri atau kurau
Bahan untuk dimesin : Satu labu bawang merah 5 ulas bawang putih Seinci halia Secubit belacan 10 tangkai cili kering
Bahan tumis : 2 sudu kecil halba campur Setengah labu bawang merah 3 ulas bawang putih Seinci halia 3 batang bendi Asam jawa, dicampur dengan air panas satu mangkukan - tenggiri atau kurau
Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga wangi. 2. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin. Kacau sehingga cili garing. 3. Campurkan semangkuk air asam jawa dan kacau lagi. Jika mahu, boleh tambah sedikit air. 4. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan ikan. 5. Masukkan bendi apabila ikan hampir masak. 6. Sedia untuk hidangan.
Cadangan Hidangan:
Makan bersama nasi panas
Tambahan:
Masakan asam pedas boleh ditambah dengan sebiji tomato jika inginkan rasa lebih masam
Rabu, 10 Februari 2010
Dicatat oleh Balqiss Harun di 9:55 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan